mutakhir

Melaka catat cubaan rentas negeri tertinggi [METROTV]

Oleh Isma Ismail dan Yusmizal Dolah Aling

MELAKA mencatatkan cubaan rentas negeri tertinggi dengan 886 kes semalam walaupun kerajaan mengumumkan tiada lagi kebenaran diberikan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia diikuti Perak dengan 362 kes dan Pulau Pinang sebanyak 284 kes.

Menurutnya, sebanyak 2,539 kenderaan yang cuba merentas negeri diarah berpatah balik semalam.

Katanya, pihaknya dapat ada yang cuba ambil kesempatan selepas mendengar pengumuman yang dibuat.

"Mungkin mereka bimbang tidak dapat lepas rentas negeri hari ini menyebabkan ramai yang berbuat demikian semalam.

"Kita berharap semua rakyat dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang diperkenalkan kerajaan.

"Kerjasama inilah yang akan dapat membantu dalam memastikan usaha memerangi Covid-19 berjaya," katanya dalam sidang media hariannya di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, seramai 64 individu diambil tindakan semalam kerana didapati melanggar SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Katanya, seramai 40 individu daripada jumlah itu sudah direman, manakala 24 lagi dikenakan tindakan kompaun.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: May 22, 2020 @ 2:27pm
    d