mutakhir

Mungkin sudah mati lebih 72 jam

Oleh Nor Farhani Che Ad

LELAKI yang ditemui terapung di Sungai Muda dekat Kampung Jawa, Tikam Batu di Sungai Petani, semalam dipercayai sudah meninggal dunia lebih 72 jam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, setakat ini pihaknya masih belum mengenal pasti identiti mangsa kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersama.

Bagaimanapun, katanya, mangsa yang hanya berseluar jeans dipercayai berusia lingkungan 20 ke 30-an

"Berdasarkan temubual dengan penduduk kampung, mereka juga tidak mengenali mangsa.

"Keadaan fizikal mayat yang sudah kembung lebih menyukarkan pengesanan identiti. Kita sedang buat semakan orang hilang di balai berdekatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Adzli berkata, pemeriksaan terhadap fizikal mayat mangsa mendapati hanya ada kecederaan di bawah ketiak dan tapak tangan kanan dipercayai digigit binatang namun, tiada unsur jenayah.

"Lokasi mangsa dijumpai adalah sempadan Pulau Pinang iaitu berdekatan Pantai Kamloon, Kepala Batas dan Kampung Jawa ,Tikam Batu, Kedah. Jadi, kepada sesiapa yang kehilangan ahli keluarga boleh tampil ke balai polis berhampiran.

"Setakat ini kes diklasifikasikan mati mengejut," katanya.

Berita berkaitan

Mayat ditemui terapung

Disiarkan pada: May 28, 2020 @ 8:21am
d