mutakhir

Semua PATI dihantar pulang [METROTV]

Oleh Murni Wan Omar dan Raja Noraina Raja Rahim

PENDATANG asing tanpa izin (Pati) yang berada di Depoh Tahanan Imigresen seluruh negara akan dihantar pulang ke negara masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat khas mengenai penghantaran pulang Pati oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Luar pada Khamis lalu.

Menurutnya, kerajaan sudah mendapat persetujuan daripada Kedutaan Besar Republik Indonesia untuk menghantar pulang Pati warga Indonesia yang berada di Malaysia membabitkan 2,189 warga Indonesia yang berada di Depoh Tahanan Imigresen Semenanjung dan Sarawak serta 672 warga Indonesia di Sabah.

"Jadual perjalanan pulang itu dibuat secara dua fasa iaitu pada 6 Jun dan 10 Jun. Kumpulan pertama membabitkan 450 pati manakala kumpulan kedua membabitkan 445 pati yang akan dihantar pulang dengan tiga penerbangan ke Jakarta, Medan dan Surabaya.

"Proses penghantaran juga akan menggunakan jalan laut di mana 1,294 pati dijadual berlepas ke Medan pada 22 Jun manakala fasa kedua membabitkan 2,623 pati akan dihantar pulang secara berperingkat dalam masa dua bulan dari sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: May 30, 2020 @ 3:05pm
    d