mutakhir

SOP buat pendandan rambut, jurusolek [METROTV]

Oleh Hayati Ibrahim dan Suraya Roslan

PENDANDAN rambut dan jurusolek wajib memakai pelindung muka (face shield), sarung tangan selain tidak berkongsi peralatan dandanan di lokasi penggambaran.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya ada menyediakan prosedur operasi standard (SOP) khusus buat golongan terbabit.

"Mereka wajib memakai face shield (pelindung muka), sarung tangan dan peralatan khusus untuk setiap individu didandan dan dimekap.

"Peralatan tidak boleh berkongsi dan setiap artis (menggunakan peralatan) berbeza dengan artis lain, tiada percampuran alat mekap," katanya sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, pelakon dan kru penggambaran juga tidak diwajibkan untuk membuat ujian calitan.

"Swab test (ujian calitan) hanya jika disahkan ada kes positif sahaja.

"Bagaimanapun, demi keselamatan jika mereka mahu membuat swab test (ujian calitan) secara sukarela kepada pelakon dan kru... kita alu-alukan," katanya.

Katanya, syarikat produksi juga perlu melantik seorang penyelia keselamatan untuk memantau pematuhan SOP di set penggambaran.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: June 3, 2020 @ 3:26pm
    d