mutakhir

SOP perluasan kapasiti jemaah masjid, surau dibentangkan

Oleh Samadi Ahmad

PROSEDUR Standard Operasi (SOP) Perluasan Kapasiti Jemaah bagi Solat Jumaat dan Solat Berjemaah akan dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini.

Mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, berkata beliau tahu ramai dari kalangan umat Islam merindukan masjid dan surau.

Katanya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini adalah tempoh penting bagi sektor sosial (aktiviti masjid dan surau) bagi memasuki fasa strategi keluar (soft landing).

"Keputusannya akan diumum

sedikit masa lagi, Insya-Allah," katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.⁣

Zulkifli berkata, bermula 15 Mei lalu, pendekatan strategi keluar pembukaan masjid dan surau bagi perluasan kapasiti jemaah secara bertahap dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan dan Negeri khususnya pihak berkuasa agama negeri dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, perkara itu adalah wajar bagi memastikan kesejahteraan umat Islam secara amnya dan imej institusi masjid serta surau di Malaysia terus dicontohi dan disegani di peringkat dalam dan luar negara. ⁣

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 6, 2020 @ 10:57am
    d