mutakhir

675 Pati sedang dirawat di Maeps [METROTV]

Oleh Hayati Ibrahim dan Yusmizal Dolah Aling

SERAMAI 675 pendatang asing tanpa izin (Pati) sedang dikuarantin dan dirawat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), sehingga semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu seramai 120 Pati sudah dibenarkan pulang ke depo tahanan Imigresen selepas disahkan pulih.

"Kadang-kadang apabila dengar laporan daripada Ketua Pengarah Kesihatan yang menyebut angka positif Covid-19 yang tinggi, mungkin ramai yang panik.

"Tetapi jangan bimbang kerana keberangkalian untuk menjangkiti rakyat di luar adalah tipis kerana mereka berada di dalam depoh, bukan di luar," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 6, 2020 @ 2:58pm
    d