mutakhir

'Pusat hiburan, refleksologi, karaoke masih dilarang beroperasi'

Oleh Shamran Sarahan dan Raja Noraina Raja Rahim

KERAJAAN masih melarang pembukaan kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi dan pusat karaoke sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain larangan terhadap premis itu, operasi taman tema juga masih tidak dibenarkan beroperasi, selain aktiviti yang membabitkan kehadiran orang ramai.

"Walaupun saya mengumumkan banyak kelonggaran, ini tidak bermakna tiada lagi apa-apa sekatan yang akan dilaksanakan kerajaan untuk mengawal penularan Covid-19.

"Beberapa aktiviti atau sektor masih dilarang, ini termasuk pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai.

"Begitu juga kenduri-kendara, rumah terbuka dan apa-apa aktiviti lain yang membabitkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada SOP (prosedur operasi standard)," katanya ketika berucap dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: June 7, 2020 @ 5:24pm
    d