mutakhir

Rakyat Malaysia bekerja di Singapura dibenar melepasi sempadan [METROTV]

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim

RAKYAT Malaysia yang bekerja di Singapura dibenarkan melepasi sempadan ke negara berkenaan bagi urusan kerja, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, beliau berkata, pelaksanaan kebenaran itu akan bermula selepas rundingan antara Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negara dan rakan sejawatnya dari Singapura.

"Sekarang ini masih dalam rundingan. Selepas rundingan itu mengenai syarat, mereka akan bentang dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri.

"Jika kita boleh luluskan, maka bolehlah pekerja Malaysia berulang alik dari Johor Bahru ke Singapura untuk memulakan kerja," katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga bersedia memastikan rakyat Malaysia menjalani ujian swab bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan Covid-19.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Yayasan Sultan Ibrahim dan dua syarikat swasta Singapura yang menyumbang dua makmal bergerak dan kit ujian Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: June 8, 2020 @ 2:38pm
    d