mutakhir

108 tekong, 11 penyeludup, 396 pati cuba lolos dicekup [METROTV]

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim

SERAMAI 108 tekong, 11 penyeludup, 396 pendatang tanpa izin (Pati) ditahan pihak berkuasa sejak 1 Mei hingga semalam kerana cuba menyusup masuk di sempadan negara melalui lorong tikus.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak berkuasa turut merampas 13 kapal yang digunakan untuk tujuan berkenaan.

Menurutnya, pihak berkuasa juga berjaya mengusir 140 Pati, enam tekong serta 22 kapal yang mencuba membolosi kawasan sempadan negara.

"Operasi Benteng membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi Pati.

"Ia bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak Covid-19," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, PDRM menahan 60 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Daripada jumlah itu 53 individu direman dan 7 lagi dijamin polis. PDRM turut mengeluarkan kompaun kepada 277 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan termasuk 34 kompaun di sekatan jalan raya," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: June 8, 2020 @ 3:31pm
    d