mutakhir

ATM kekal bantu PDRM [METROTV]

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan terus membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ATM akan terus membantu PDRM dan ketika ini diwujudkan Task Force Operasi Pematuhan yang mana ATM ada di dalam pasukan itu bersama agensi lain.

"Seperti saya katakan PDRM kini tidak fokus kepada sekatan jalan raya (SJR) tetapi memfokuskan kepada pematuhan SOP sama ada premis perniagaan, tempat awam, pasar malam dan pasar.

"Pematuhan untuk kawalan ini akan diteruskan dan ATM juga akan bersama PDRM terus menjalankan tanggungjawab mereka," katanya pada sidang media harian hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkaitan penugasan anggota ATM selepas SJR sudah ditamatkan malam tadi.

Mengulas mengenai SOP menaiki kenderaan, Ismail Sabri berkata, ia masih kekal iaitu empat orang atau mengikut kapasiti kenderaan dan jika ada perubahan akan diumum kemudian.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: June 10, 2020 @ 3:08pm
    d