mutakhir

PLUS perkenalkan PUTRI, Chatbot pertama industri lebuh raya

Oleh Wartawan HM

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan pertambahan trafik di lebuh raya ketika negara memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang menyaksikan perjalanan rentas negeri dibenarkan.

Norma baru bermaksud cara berinteraksi serta corak kehidupan masyarakat sejak sekian lama turut berubah, terutamanya sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Ia menjangkaui semua prosedur operasi standard (SOP) kesihatan yang merangkumi penjarakan sosial serta prosedur baru lain yang mungkin memakan masa untuk dibiasakan.

Bagi membantu perubahan ini, PLUS memperkenalkan PUTRI (PLUS Texting Realtime Interface) untuk berinteraksi dengan pelanggan lebuh raya serta menjawab pertanyaan dan memberi maklum balas berkaitan perkhidmatan di lebuh raya PLUS.

Menerusi PUTRI, pengguna boleh berinteraksi dengan Chatbot pertama industri lebuh raya.

Pengguna boleh bertanya mengenai kadar tol, maklumat trafik, PLUSMiles, produk, kemudahan, promosi dan insiden.

Pengguna oleh berinteraksi dengan PUTRI melalui laman web PLUS di www.plus.com.my, laman web PLUSMiles di www.plusmiles.com.my dan aplikasi PLUS.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: June 11, 2020 @ 11:33am
    d