mutakhir

23 ditahan ingkar PKPP

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Rosyahaida Abdullah

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan 23 individu atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain itu seramai 61 individu turut dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan ingkar PKPP.

"Walaupun banyak kelonggaran dibenarkan kerajaan, namun masih ramai lagi jumlah individu diambil tindakan oleh PDRM.

"Bukan bermakna apabila PKPP maka tidak ada tindakan undang-undang dilaksanakan. Rakyat perlu patuh kepada setiap SOP (prosedur operasi standard) dan peraturan dikeluarkan," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sebanyak 83 operasi sanitasi meliputi 56 zon di 13 negeri dilakukan semalam.

Katanya, operasi yang dikawal selia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu sudah melakukan 8,083 operasi sanitasi merangkumi 133 zon di seluruh negara sejak 30 Mac lalu.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: June 12, 2020 @ 5:07pm
    d