mutakhir

Semua masjid, surau WP boleh buka [METROTV]

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

KERAJAAN membenarkan semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibuka semula kecuali di zon merah, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, kebenaran itu selepas melihat kadar pematuhan tinggi jemaah dan pengurusan masjid terhadap prosedur operasi standard (SOP) sebelum ini.

"Memandangkan kadar pematuhan SOP yang tinggi, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP memberi kebenaran beroperasi kepada semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan, kecuali masjid dan surau di zon merah.

"Bagi masjid dan surau di negeri-negeri, ia tertakluk kepada keputusan Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing," katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, operasi itu tertakluk kepada SOP sama dengan kehadiran jemaah satu pertiga daripada kapasiti, kedatangan direkodkan dan pemeriksaan suhu badan.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: June 15, 2020 @ 3:05pm
    d