mutakhir

Covid-19: Pasangan Indonesia positif ditahan

Oleh Mohd Roji Kawi

PASANGAN warga Indonesia yang menghilangkan diri selepas diuji positif Covid-19, Selasa lalu, berjaya ditahan malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, mereka dikesan di tepi jalan di kawasan perumahan di Jalan Matang Baru, Kuching, jam 11.15 malam tadi.

Beliau berkata, sejurus ditemui, polis bersama kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menahan mereka sebelum menghantar pasangan itu ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

"Mereka kini sedang menerima rawatan susulan di HUS," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pasangan itu yang dikenali sebagai Darusallam dan Nurul Hasanah menjalani ujian menjalani ujian COVID-19 sebagai saringan bagi permohonan permit kerja mereka, Selasa lalu.

Bagaimanapun, ketika pegawai KKM pergi ke rumah kongsi di tapak pembinaan di Petra Jaya selepas keputusan ujian diperolehi petang Rabu, kedua-dua warga Indonesia itu didapati tiada di kediaman mereka.

Berikutan itu, gerakan mengesan mereka dilancarkan selepas KKM membuat laporan polis pagi semalam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: June 19, 2020 @ 8:31am
    d