mutakhir

Majlis tamat latihan pun maksimum 250 orang [METROTV]

Oleh Isma Ismail dan Sri Ayu Kartika Amri

PENGANJURAN bagi majlis seperti tamat latihan dan kursus dibenarkan selagi penganjur patuh kepada kapasiti maksimum 250 orang.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sudahpun memberi kebenaran untuk mengadakan sebarang penganjuran.

"Mengenai terdapatkah kelonggaran untuk majlis tamat latihan perajurit muda, kita sudah beritahu sebelum ini.

"Setiap majlis mestilah tidak melebihi daripada 250 orang dan jika boleh dipatuhi, maka tiada masalah untuk mereka laksanakan" katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Rabu lalu, hasil Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meluluskan kebenaran penganjuran mesyuarat, seminar, bengkel, kursus, latihan dan persidangan.

Kebenaran tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) antaranya jumlah maksimum 250 orang dan bagaimanapun, ia tetap mengikut kapasiti ruang penganjuran, yang mesti ada penjarakan sosial.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: June 19, 2020 @ 4:09pm
    d