mutakhir

Pekerja ladang Indonesia didakwa bunuh tiga lelaki

Oleh Mohd Amin Jalil

BEKAS pekerja ladang Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Rembau, hari ini atas tiga pertuduhan membunuh tiga lelaki senegara pada Disember 2019.

Tertuduh, Mohamad Rozak Nor, 20, hanya mengangguk faham selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Tan Chai Wei.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mohamad Rozak dituduh membunuh Hari Sucipto, 19, Ramdani Sahrul, 20, dan Gunawan Pani, 20, di rumah kongsi pekerja Ladang Chin Fatt di Gemencheh, Tampin antara 10.40 sehingga 11 malam, 5 Disember 2019.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ummi Amyra Natasha Azhar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 23 Julai depan bagi serahan laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Media sebelum ini melaporkan tiga lelaki Indonesia ditemui mati dengan kesan luka di badan di rumah kongsi di ladang dekat Gedok, Gemencheh,

Polis menemui mayat ketiga-tiganya terbaring dan berlumuran darah.

Berita berkaitan:

  • Tiga dibunuh di rumah kongsi
  • Gaduh bunuh: Tiga lelaki Indonesia direman seminggu
  • Disiarkan pada: June 24, 2020 @ 2:30pm
    d