mutakhir

Op Benteng kekang kemasukan Pati

Oleh Hayati Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim

HANYA seorang warga asing yang ditahan dalam sekatan jalan raya Op Benteng yang dilaksanakan di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan terus mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan tidak berkompromi dengan penyeludup.

Semalam, katanya, polis melakukan 68 sekatan jalan raya dan memeriksa 43,997 kenderaan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati).

"Sejak 1 Mei hingga semalam, seramai 1,036 Pati dan 176 tekong ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutama melalui lorong tikus.

"Turut ditahan 49 individu disyaki penyeludup serta 27 kapal," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, Op Benteng itu dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (Aksem) secara bersepadu untuk mengawal ketat sempadan negara daripada dibolosi Pati.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: June 24, 2020 @ 5:07pm
    d