mutakhir

Kedutaan dibenar solat Jumaat di masjid [METROTV]

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

KERAJAAN membenarkan warga asing terdiri daripada kakitangan kedutaan menunaikan solat Jumaat di masjid di Wilayah Persekutuan bermula 3 Julai depan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mesyuarat khas hari ini bersetuju membenarkan duta dan kakitangan kedutaan warga asing yang beragama Islam terlebih dahulu menunaikan solat Jumaat di masjid.

"Setiap kelonggaran kita berikan secara berperingkat, jadi warga asing kita mulakan dengan duta dan kakitangan diplomat dahulu.

"Bagi warga asing beragama Islam lain, kebenaran masih dalam pertimbangan dan keputusan akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, mesyuarat khas juga bersetuju membenarkan surau yang diuruskan oleh Pejabat Kedutaan yang beroperasi sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) untuk melaksanakan solat Jumaat.

Katanya, Kementerian Luar Negeri akan menghantar nota diplomatik kepada kedutaan yang terbabit berkenaan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: June 26, 2020 @ 3:02pm
    d