mutakhir

Datuk Seri diculik ditemui mati

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

POLIS menemui mayat seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan bergelar Datuk Seri di kawasan belukar di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya, Rawang, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, mayat lelaki berusia 55 tahun itu ditemui kira-kira 9 pagi.

"Sebelum itu, polis menerima laporan mangsa hilang dipercayai diculik pada 10 Jun lalu.

"Mangsa diculik ketika bersenam di kawasan taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, pada 10.30 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setakat ini polis masih menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat.

Berita berkaitan

Pembunuhan Datuk Seri bermotifkan wang

EL dah kena tahan, polis kini cari Thamby

Kes culik, bunuh Datuk Seri: Polis buru EL

Datuk jadi dalang

Tebusan RM154 juta diminta [METROTV]

Disiarkan pada: June 27, 2020 @ 12:31pm
d