mutakhir

Tragedi bot terbalik: Tiga dirawat di wad masih trauma

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

LAPAN daripada 11 individu yang terselamat dalam kejadian bot terbalik di perairan Bachok malam tadi sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Datuk Dr Selasawati Ghazali berkata, tiga lagi mangsa termasuk dua beranak masih menerima rawatan.

"Tiga mangsa yang dirawat berada dalam keadaan stabil dan dipantau pihak hospital.

"Kesemua mangsa dihantar ke Jabatan Kecemasan pada 3 pagi sebelum lapan daripadanya dibenarkan pulang pada 7 pagi tadi.

"Ada mangsa yang dimasukkan ke wad masih trauma dengan kejadian yang berlaku," katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian 8.30 malam tadi, sebuah bot yang dinaiki 20 pemancing termasuk tekong terbalik dibadai ribut kerana ombak besar di kawasan perairan Kuala Kemasin, Bachok.

Kejadian itu meragut empat nyawa, 12 lagi selamat manakala empat orang pula masih hilang.

Berita berkaitan:

  • Empat pemancing maut, empat hilang
  • Operasi SAR kesan 4 pemancing diteruskan
  • 'Sempat rayu suami tak ke laut' [METROTV]
  • 'Dia teruja lain macam...'
  • Disiarkan pada: June 30, 2020 @ 10:57am
    d