mutakhir

Tragedi bot terbalik: SAR ditangguh [METROTV]

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa yang hilang di perairan Kemasin dekat Bachok, ditangguh pada 6 petang hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Kepten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, operasi berkenaan akan disambung semula, 6 pagi esok.

"Selepas seharian operasi SAR dijalankan, kita tangguhkan operasi memandangkan keadaan cuaca tidak menentu dan gelap.

"Operasi akan diteruskan mulai jam 6 pagi esok dengan memperluaskan lagi kawasan pencarian kepada 324 batu nautika, berbanding hari ini 162 batu nautika.

"Untuk operasi hari ini, keadaan amat mencabar apabila bot yang dinaiki mangsa mempunyai banyak tali sehingga penyelam terpaksa mengambil masa lama untuk mengeluarkan mangsa serta ombak yang kuat," katanya ketika ditemui, hari ini.

Terdahulu, bot yang terbalik dan hampir tenggelam itu ditunda ke muara Kemasin iaitu sejauh 18 batu nautika untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, dua anggota Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan dua anggota Unit Selam APMM membuat selaman di bawah bot berkenaan bagi memeriksa sama ada terdapat mangsa lain.

"Hasil pemeriksaan tidak menemui (tiga) mangsa (yang masih hilang) dan operasi akan terus ditingkatkan esok," katanya.

Berita berkaitan:

  • Tragedi bot terbalik: 'Hanya fikir mati'
  • Empat pemancing maut, empat hilang
  • Operasi SAR kesan 4 pemancing diteruskan
  • 'Sempat rayu suami tak ke laut' [METROTV]
  • 'Dia teruja lain macam...'
  • Tragedi bot terbalik: Tiga dirawat di wad masih trauma
  • Tragedi bot terbalik: Firasat ibu jadi kenyataan
  • Tragedi bot terbalik: 'Saya berpaut pada pelampung pukat'
  • Tragedi bot terbalik: PDRM guna helikopter kesan bot
  • Tragedi bot terbalik: 'Saya berpaut pada pelampung pukat'
  • Tragedi bot terbalik: PDRM guna helikopter kesan bot
  • Disiarkan pada: June 30, 2020 @ 7:26pm
    d