mutakhir

Boleh laksana aktiviti keagamaan [METROTV]

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

AKTIVITI keagamaan di masjid atau surau termasuk kuliah subuh, solat dhuha, kelas mengaji al-Quran dan tazkirah dibenarkan bermula minggu ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Katanya, jumlah peserta bagaimanapun tertakluk kepada saiz dan kapasiti masjid serta surau.

"Kerajaan bersetuju cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk membenarkan kuliah dan solat dhuha diadakan di masjid serta surau.

"Kelas mengaji dan fardu ain juga dibenarkan dengan syarat penjarakan sosial dipatuhi," katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, masjid dan surau juga diberi kebenaran untuk mengadakan tazkirah sebelum solat Jumaat bermula 3 Julai ini.

Sebelum ini. kerajaan memberi kebenaran untuk solat berjemaah dan solat Jumaat diadakan di masjid serta surau di Wilayah Persekutuan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: July 1, 2020 @ 3:06pm
    d