mutakhir

Tidak wajib bawa bekal makanan ke sekolah [METROTV]

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) tidak mewajibkan murid membawa bekalan makanan sendiri ke sekolah, namun mereka digalakkan untuk berbuat demikian.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, buat masa ini kantin sekolah untuk pelajar Tingkatan Lima dan Enam sudah beroperasi apabila semua makanan dibungkus terlebih dahulu.

Menurutnya, waktu rehat dilaksanakan secara berperingkat dan sekiranya ke kantin untuk membeli makanan, pelajar perlu mengikut prosedur dan melakukan penjarakan sosial.

"Malah, di kantin sekolah sudah ada tanda jarak sosial dan berdasarkan tinjauan saya ke sekolah ada yang menggunakan kaedah pre order (tempahan awal).

"Makanan siap ditempah itu akan dihantar ke kelas terpulang kepada pihak sekolah, tetapi apa yang penting prinsip asas perlu dipatuhi iaitu sebarang pergerakan di kantin mesti ada penjarakan sosial dan makanan dibungkus," katanya pada Sidang Media Khas di Putrajaya, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Disiarkan pada: July 1, 2020 @ 5:23pm
    d