mutakhir

Bot terbalik: SAR masuk hari ke-4

Oleh BERNAMA

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa hilang dalam tragedi bot terbalik dan karam di perairan Bachok yang memasuki hari keempat hari ini akan diperluaskan lagi kepada lebih 400 batu nautika persegi dari tempat kejadian.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, dalam operasi semalam, operasi pencarian seluas 351.6 batu nautika persegi masih gagal mencari tiga mangsa itu iaitu Arman Ismail, 43, Harun Daud, 57, dan Che Wadi Bakar, 40-an.

"Hari ini operasi SAR bermula pada 7 pagi dengan membabitkan 81 pegawai dan anggota membabitkan pelbagai agensi.

"Ia juga termasuk bantuan para nelayan tempatan dan juga pihak berkuasa Thailand," katanya ketika dihubungi.

Dalam operasi SAR semalam, pasukan pencarian masih gagal mendapat petunjuk lokasi ketiga-tiga mangsa itu walaupun menemui pelbagai tong dan kayu dipercayai milik bot yang terbalik itu.

Setakat ini, lima mangsa yang meninggal dunia ditemukan sejak operasi SAR dilancarkan iaitu Mohd Syahrizan Daud, 40-an, Muhamad Zaki Muhamad Nordin, 19, Wan Aminudin Wan Hussin, 60-an, seorang warga Thailand yang hanya dikenali sebagai Pokta, 50-an dan Ahmad Syafiq Che Alim, 30.

Dalam kejadian 8 itu, 12 daripada 20 mangsa terselamat, dengan kesemua mangsa berusia antara 18 hingga 60 tahun.

Berita berkaitan

  • Tolong jaga emosi keluarga mangsa
  • Bot terbalik punyai lesen sah
  • Operasi SAR tertumpu di laut
  • Operasi SAR tertumpu di laut
  • Tiga mangsa hilang mungkin hanyut [METROTV]
  • 'Suami tak tenang, masih meracau'
  • Tiga masih belum ditemui
  • Tragedi bot terbalik: SAR ditangguh [METROTV]
  • Tragedi bot terbalik: 'Hanya fikir mati'
  • Empat pemancing maut, empat hilang
  • Operasi SAR kesan 4 pemancing diteruskan
  • 'Sempat rayu suami tak ke laut' [METROTV]
  • 'Dia teruja lain macam...'
  • Tragedi bot terbalik: Tiga dirawat di wad masih trauma
  • Tragedi bot terbalik: Firasat ibu jadi kenyataan
  • Tragedi bot terbalik: 'Saya berpaut pada pelampung pukat'
  • Tragedi bot terbalik: PDRM guna helikopter kesan bot
  • Tragedi bot terbalik: 'Saya berpaut pada pelampung pukat'
  • Tragedi bot terbalik: PDRM guna helikopter kesan bot
  • Disiarkan pada: July 2, 2020 @ 8:49am
    d