mutakhir

5 tapak pembinaan diberi amaran

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

LIMA tapak binaan diberi amaran kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan pemeriksaan ke atas 53 tapak binaan dilakukan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di seluruh negara.

"Daripada jumlah pemeriksaan itu, sebanyak 38 tapak binaan yang diperiksa mematuhi SOP ditetapkan, manakala baki 10 lagi belum beroperasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jumlah kumulatif tapak binaan yang mematuhi SOP sehingga semalam adalah 2,660 manakala 484 lagi tidak patuh SOP dan diberi amaran.

Selain itu, katanya, CIDB mengarahkan 19 tapak binaan ditutup kerana tidak mematuhi SOP.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: July 2, 2020 @ 3:49pm
    d