mutakhir

Ekspatriat tidak dibenarkan keluar Malaysia bercuti [METROTV]

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

SEMUA ekspatriat yang dibenarkan masuk ke negara ini untuk bekerja atau menguruskan syarikat tidak dibenarkan keluar dari Malaysia untuk bercuti.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika mereka didapati melanggar peraturan ini, mereka tidak akan dibenarkan pulang ke Malaysia sehingga satu tarikh yang ditetapkan.

"Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah membuat keputusan bagi ekspatriat ini.

"Jika mereka gagak mereka tidak boleh pulang semula ke negara ini," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, rakyat Malaysia yang ingin pulang dari luar negara perlu menjalani ujian saringan Covid-19 tiga hari sebelum tarikh penerbangan.

"Ini bagi mengelakkan mereka tidak dibenarkan menaiki pesawat.

"Dulu kita benarkan mereka disaring di mana-mana pintu masuk ke Malaysia, tetapi kita difahamkan banyak negara terutama syarikat penerbangan memerlukan bukti mereka berstatus negatif Covid-19," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: July 14, 2020 @ 3:09pm
    d