mutakhir

Reman bapa dera anak

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

PEMANDU e-hailing yang dipercayai mendera anak perempuannya berusia 16 tahun dengan merotan kaki serta mencucuh tapak kakinya dengan colok disambung reman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek sebelum ini direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut.

"Selepas tempoh reman itu selesai, kami memohon lanjutan reman selama lima hari lagi bermula hari ini hingga 24 Julai ini.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan polis menahan suspek berusia 39 tahun, Jumaat lalu selepas dipercayai mendera anaknya kerana keluar dari rumah mencari ibunya yang terpisah pada 4 Julai lalu.

Mangsa mendakwa dia didera oleh suspek sejak berada di Tingkatan 1 setiap kali keluar rumah kerana mengesyaki mangsa mahu mencari ibu kandungnya.

Berita berkaitan

Pelajar perempuan dicucuh colok, dirotan

Disiarkan pada: July 20, 2020 @ 5:00pm
d