mutakhir

Wajib guna MySejahtera [METROTV]

Oleh Suraya Roslan

SEMUA premis perniagaan diwajibkan menggunakan aplikasi MySejahtera bagi memudahkan pengesanan kontak.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pejabat Peguam Negara akan mewartakan untuk mewajibkan penggunaan aplikasi itu dalam masa terdekat.

"Ini bagi memudahkan proses pengesanan kontak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan membuat keputusan untuk mewajibkan penggunaan aplikasi MySejahtera di semua premis.

"Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada premis di luar bandar yang tidak mempunyai liputan Internet stabil," katanya pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan berikutan Covid-19, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: August 3, 2020 @ 3:51pm
    d