mutakhir

Perlu peranan semua pihak

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

PEMBABITAN semua pihak perlu bagi menyelesaikan isu perkahwinan wanita Orang Asli dan lelaki warga asing di Gua Musang, Kelantan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Profesor Dr Juli Edo berkata, ia bukan perkara baharu sebaliknya pernah dilaporkan sebelum ini.

Katanya, JAKOA menerima banyak aduan daripada pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

"Isu perkahwinan itu dilaporkan hanya berlaku di kawasan sekitar Lojing.

"Mengenai kes ini (lelaki warga asing tinggalkan isteri pulang ke negara asal) perlu dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut.

"Malah, semua agensi wajar memainkan peranan dalam menyelesaikan isu berkenaan demi kebajikan Orang Asli di kawasan itu," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan muka depan Harian Metro hari ini, mengenai nasib wanita Orang Asli yang ditinggalkan suami warga asing selepas lelaki terbabit pulang ke negara asal.

Harian Metro melaporkan, lelaki warga asing terbabit dipercayai bekerja di ladang sayur sekitar Lojing berkahwin dengan wanita Orang Asli sejak 10 tahun lalu.

Mereka termasuk warga Pakistan, Nepal, Bangladesh dan Indonesia sehingga ada antaranya membawa lari wanita Orang Asli berkahwin di negara asal masing-masing.

Berita berkaitan:

  • 'Kami serik'
  • Lebih 50 ditinggalkan suami warga asing
  • Disiarkan pada: August 4, 2020 @ 3:10pm
    d