mutakhir

Bukan arahan KKM

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

TIADA arahan dibuat supaya ibu bapa dan pelajar bercuti di Kubang Pasu, Kedah supaya menjalani ujian saringan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menafikan pihaknya mengeluarkan arahan itu malah, hanya individu dikaitkan kluster PUI Sivagangga sahaja perlu berbuat demikian.

"Individu yang perlu menjalani saringan adalah mereka yang mempunyai sejarah kontak rapat kes positif Covid-19 selain penduduk yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco).

"Kawasan itu membabitkan radius satu kilometer dari Restoran Nasi Kandar Salleh, Pekan Napoh, Kampung Pida Satu, Megat Dewa, Kampung Bendang Dalam dan Kampung Ulu Padang Sanai," katanya dalam kenyataan, hari ini

Beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati menyebarkan maklumat yang diragui kesahihannya.

"Sebarang aduan boleh disalurkan kepada Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: August 4, 2020 @ 6:07pm
    d