mutakhir

Guan Eng dibawa ke mahkamah [METROTV]

Oleh Samadi Ahmad

KENDERAAN membawa bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilihat keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, 8.35 pagi hari ini.

Guan Eng dibawa keluar dengan menaiki kenderaan Proton X70 diiringi sebuah kereta peronda, dua motosikal pengiring polis dan empat kereta lain.

Difahamkan, Setiausaha Agung DAP itu dibawa ke ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk didakwa bagi pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

SPRM dalam kenyataannya sebelum ini mengesahkan Guan Eng ditahan pada 9.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

Menurut kenyataan itu, Guan Eng juga akan didakwa pada 10 dan 11 Ogos di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Difahamkan, semua pertuduhan di mahkamah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang itu bersangkutan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang berjumlah RM6.3 bilion.

Sebelum ini, pada akhir Julai lalu, beliau sudah tiga kali dipanggil SPRM bagi memberi keterangan.

Berita berkaitan:

  • Pemimpin DAP hadir sokong Guan Eng
  • Kes rasuah: Guan Eng didakwa esok
  • Disiarkan pada: August 7, 2020 @ 8:55am
    d