mutakhir

Mukhriz presiden, 3 Adun Selangor sokong parti baharu: Tun M

Oleh Yusmizal Dolah Aling

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai presiden parti baharu yang ditubuhkannya.

Ditanya apakah nama yang akan dipilih, Tun Mahathir secara berseloroh berkata, ia akan ada kaitan dengan negara ini.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini Mahathir turut memaklumkan terdapat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Selangor bersama dengan parti baharu itu.

ADUN yang akan menyertai parti itu adalah Adun Kuang, Salehuddin Amiruddin, Adun Batang Kali Harumaini Omar dan Adun Jeram Shaid Rosli yang turut kelihatan pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini

Sementara itu, Shaid ketika ditemui Harian Metro mengesahkan akan mengadakan sidang media esok.

Terdahulu, Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu hari ini.

Katanya, parti baru ini akan mendokong dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seperti mana di awal penubuhannya dulu.

Berita berkaitan:

  • Calon parti baharu akan bertanding PRK Slim: Tun M
  • Tun M tubuh parti baharu
  • Disiarkan pada: August 7, 2020 @ 5:17pm
    d