mutakhir

'Hentikan tohmahan tak berasas terhadap SPRM'

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

"HENTIKAN tohmahan yang tidak berasas berniat untuk memburukkan SPRM! (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," kata bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Dzulkifli menerusi status di akaun Twitter miliknya berkata, SPRM sudah bertindak dengan profesional.

"Lim Guan Eng diminta hadir pada 3 petang, tapi atas permintaannya sendiri untuk hadir sebelum jam 10 malam.

"Maka, SPRM membenarkannya. Teruskan bertindak SPRM!," katanya.

Dalam status dimuat naik Dzulkifli itu, beliau turut meletakkan pautan artikel dari sebuah portal berita dalam talian mengenai Guan Eng yang dikatakan ditahan pihak SPRM pada waktu malam.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 9.10 malam tadi dengan menaiki Toyota Velfire berwarna putih bagi memberi keterangan berhubung kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Bagan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Guan Eng mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua orang penjamin.

Berita berkaitan: =

  • 'Saya akan lawan tuduhan rasuah' - Guan Eng
  • Sebutan semula kes Guan Eng 9 September
  • RM1 juta ikat jamin Lim Guan Eng [METROTV]
  • Guan Eng didakwa minta suapan 10 peratus
  • Pemimpin DAP hadir sokong Guan Eng
  • Kes rasuah: Guan Eng didakwa esok
  • Disiarkan pada: August 7, 2020 @ 6:04pm
    d