mutakhir

'Tawar gerai tapi dia tolak' - MBSA

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) pernah menawarkan tapak gerai sementara kepada Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau Asri Janggut, namun ditolaknya.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan berkata, MBSA sebelum ini pernah menawarkan tapak gerai di Jalan 1A/3 di Bandar Baru Sungai Buloh kepada lelaki itu.

Menurutnya, bagaimanapun dia menolak tawaran oleh MBSA dan tetap meneruskan perniagaan di bahu jalan yang menimbulkan isu keselamatan serta lalu-lintas sehingga tindakan diambil.

Katanya, MBSA sudah dua kali melakukan tindakan sitaan terhadap peniaga sama dalam tempoh dua bulan selepas teguran dan nasihat tidak diambil peduli.

"Untuk makluman, tindakan penyitaan itu diambil berikutan peniaga berkenaan meninggalkan peralatan perniagaan selepas selesai melakukan aktiviti perniagaan sehingga menyebabkan masalah lalu-lintas dan juga keselamatan pengguna jalan raya.

"Sebelum ini, pihak MBSA sudah memberikan teguran dan nasihat kepada peniaga itu agar tidak meninggalkan peralatan selepas selesai melakukan perniagaan, namun teguran tidak diendahkan," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan MBSA menjelaskan tindakan menyita barangan perniagaan peniaga burger di Sungai Buloh dilakukan selepas teguran dan nasihat tidak diendahkan.

Sebelum ini, dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau Asri Janggut mendakwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh 'kebal' kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.

Selain itu, video yang dirakam menerusi tinjauan semasa menaiki kereta juga mendakwa pihak berkuasa menutup mata kerana ada yang menerima habuan daripada 'tauke' kedai mesin judi.

Berita berkaitan

Tiada kompromi elemen gengsterisme - KPN

'Ini penghinaan kepada penjawat awam'

Rombakan IPD Sungai Buloh selepas siasatan selesai...

Operasi 'bersihkan' perniagaan haram di Bandar Baru Sungai Buloh

Ulasan Asri Janggut polis tak solat cetus kontroversi [METROTV]

4 penguat kuasa MBSA, penjual rokok seludup direman seminggu [METROTV]

Wang pelincir makan bulan

Seorang lagi penguat kuasa MBSA ditahan SPRM

Video Asri Janggut: 'Berani buat, beranilah tanggung' - KP Selangor

Video Asri Janggut: Akan ada penguat kuasa agensi lain ditahan [METROTV]

Video Asri Janggut: Polis kumpul bukti pegawai lindungi sindiket judi

MBSA tidak akan melindungi kakitangan tidak berintegriti

Penangan video Asri Janggut, tiga penguat kuasa MBSA ditahan SPRM

Kita akan pastikan peraturan ditegakkan - Datuk Bandar Shah Alam

Bukit Aman dapat maklumat polis lindungi premis judi

Siasatan bukan untuk hukum Mohd Asri - Hamzah

'Keselamatan Asri Janggut perlu dijaga' - Pemuda UMNO

Cemburu bila kami kena tindakan, orang lain tidak - Asri Janggut

NGO desak polis siasat anggota 'curang'

Asri Janggut dakwa 'ayahanda' tak puas hati [METROTV]

Buat video dedah kegiatan haram dan serah pada KDN - Hamzah Zainuddin [METROTV]

Saya dengar sendiri penjelasan beliau - KPN

Asri Janggut dah jumpa KPN

Saya serah 100 peratus kepada Allah - Asri Janggut

Pendedahan Asri Janggut akan dibangkitkan di Dewan Rakyat

SPRM cari penguat kuasa lindung perniagaan haram di Sungai Buloh

'Hak polis untuk nafi tapi saya penduduk asal di situ' - peniaga burger [METROTV]

'Bagus, ada orang berani, ikhlas...' - KPN

Polis buat laporan polis terhadap peniaga burger tular

Gerai burger disita selepas nasihat tak diendah: MBSA

Disiarkan pada: August 12, 2020 @ 4:56pm
d