mutakhir

Nak riadah tetapi tidak jaga SOP

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

MEMBERI alasan ingin beriadah dan beristirehat di Dataran Merdeka dan Jalan Raja, Kuala Lumpur, itu jawapan pengunjung yang berkumpul di kawasan terbabit bersama anak mereka tanpa mematuhi penjarakan fizikal hari ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan di Facebook (FB) berkata, tinjauan pihaknya petang tadi di sekitar Dataran Merdeka dan Jalan Raja mendapati orang awam berkumpul tanpa menjaga jarak fizikal dengan kehadiran anak-anak kecil atas alasan beriadah.

Menurutnya, DBKL mendapati keadaan ini tidak wajar berlaku apatah lagi negara ini masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Bertindak pantas, anggota penguat kuasa DBKL hadir ke lokasi untuk memastikan kawasan itu dikosongkan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.

"Orang awam dinasihatkan untuk tidak berkumpul di tempat terbuka tanpa kawalan kendiri kerana wabak Covid-19 ini masih belum pulih sepenuhnya," katanya.

Katanya, kawalan di lokasi itu akan dilaksanakan oleh DBKL secara berterusan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: August 15, 2020 @ 11:03pm
    d