mutakhir

Reman suspek jual organ manusia dilanjutkan

Oleh Mohd Roji Kawi

TEMPOH reman lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan menjual organ manusia dilanjutkan lima hari lagi sehingga 26 Ogos ini.

Suspek yang memakai baju lokap polis berwarna jingga dibawa ke mahkamah pagi ini diiringi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Nor Elyanis Mohd Yusoff, bagi mendapatkan perintah lanjutan reman.

Sebelum ini, suspek berusia 48 tahun itu direman tujuh hari sejak 14 Ogos lalu bagi membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 15 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran.

Lelaki terbabit ditahan selepas dia menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, tengah hari 13 Ogos lalu selepas menyedari dirinya diburu polis.

Dia diburu polis berikutan artikel dalam portal berita The Sun yang berpangkalan di United Kingdom pada 8 Ogos lalu yang mendedahkan aktivitinya menjual organ kepada seorang wartawan akhbar terbabit yang menyamar sebagai pembeli.

Dalam pendedahan kepada wartawan The Sun yang dirakam menerusi kamera tersembunyi itu dia mendakwa boleh mengatur urusan transplan organ kepada warga Britain dengan kos 85,000 Pound Sterling (RM465,000).

Berita berkaitan

Suspek jual organ manusia direman [METROTV]

Disiarkan pada: August 21, 2020 @ 12:49pm
d