mutakhir

TNB akan jumpa pemilik

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

TENAGA Nasional Berhad (TNB) akan bertemu peniaga ikan hiasan berhubung kesilapan pemotongan bekalan elektrik di premis itu di Petaling Jaya, semalam.

TNB dalam kenyataan hari ini berkata, tindakan itu diambil susulan laporan Harian Metro mengenai laporan polis yang dibuat peniaga terbabit.

"TNB kesal atas kesulitan dan kerugian dialami pengguna terbabit.

"Pegawai Khidmat Pelanggan TNB akan bertemu pengguna esok untuk menyelesaikan

pemasalahan yang terjadi," katanya.

Portal berita Harian Metro semalam melaporkan, polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang peniaga kedai ikan hiasan yang mendakwa bekalan elektrik di premisnya dipotong pihak berkuasa menyebabkan menanggung kerugian besar.

Pemotongan itu dilakukan pagi semalam dalam satu operasi dijalankan polis daerah Petaling Jaya dengan kerjasama Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan TNB, bagi mengekang aktiviti perjudian.

Berita berkaitan

TNB tersilap membuat pemotongan - Polis

Disiarkan pada: August 23, 2020 @ 7:28pm
d