mutakhir

Suara Sandra terlalu unik - Benzooloo

Oleh Recqueal Raimi

Tuaran: "Mana saya mahu cari suara macam Sandra lagi..susah. Suaranya terlalu unik dan sesuai digandingkan lagu rap," demikian kata penyanyi rap, Benzooloo atau nama sebenarnya Bennye Francis, 27.

Benzooloo yang terkenal dengan lagu bertajuk Terkemuka gandingan Zizi Kirana dan Sandra Dianne sehingga mencapai 11 juta tontonan di Youtube itu antara artis yang hadir ke majlis pengebumian rakannya petang tadi.

Benzooloo berkata, awalnya dia menerima berita kemalangan membabitkan Sandra pada sabtu lalu daripada Zizi namun tidak dapat melawatnya ketika itu kerana berada di Sabah.

"Sebaik Zizi memaklumkan saya mengenai pemergiannya (Sandra) hari ini, saya bergegas ke kampung halaman arwah selepas dimaklumkan jenazah diterbangkan tengah hari tadi."

"Sedih tak terkata. Walaupun saya baru mengenalinya di awal pembabitan lagu Terkemuka, kami mudah rapat kerana dia seorang yang ceria," katanya.

Menurut Benzooloo, dia ada merancang untuk menghasilkan lagu terbaru bersama arwah namun terpaksa dibatalkan atas pemergiannya.

"Suaranya ada keunikan sendiri di mana ia turut memudahkan 'beat' terhasil dan saya pasti sukar untuk mencari individu yang berbakat sepertinya.

"Saya reda dengan pemergiannya dan berharap keluarga juga sama walaupun sukar," katanya.

Jenazah Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria selamat dikebumikan jam 5.45 petang tadi.

Berita berkaitan

'Kehilangan anak yang menyayat hati' - Ibu Allahyarham Sandra

Jenazah Sandra selamat dikebumikan dalam hujan renyai

Big Stage tiada minggu ini!

Air mata terakhir Sandra...

Jenazah Sandra dikebumi di Sabah

Sandra meninggal dunia

Kereta Sandra langgar tiga kereta

Ibu rayu telefon Sandra dipulangkan

'Padam foto kemalangan anak saya' -ibu Sandra

Kereta Sandra tiba-tiba brek mengejut

Sandra di ICU, dikecualikan dari Big Stage

Sandra Dianne kemalangan

Disiarkan pada: September 11, 2020 @ 10:12pm
d