mutakhir

'Hanya tunjuk surat sambung pengajian sahaja' [METROTV]

Oleh Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Penuntut Malaysia dibenar ke luar negara untuk menyambung pengajian atau mendaftar sebagai pelajar baharu, tanpa perlu memohon kelulusan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka perlu menunjukkan bukti ketika diperiksa pegawai JIM sama ada menunjukkan surat tawaran menyambung pengajian atau kad pelajar.

"Bagi penuntut yang mahu menyambung pelajaran hanya perlu menunjukkan kad pelajar masing-masing.

"Hanya dua pengiring saja dihadkan untuk menemani anak masing-masing dan perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebaik tiba di Malaysia," katanya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan sempena Covid-19, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, kerajaan membenarkan suami atau isteri warga Singapura untuk memasuki negara ini tetapi perlu menunjukkan sijil daftar perkahwinan di Malaysia.

"Mereka perlu mempunyai visa Singapura dan tertakluk kuarantin wajib selama 14 hari," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: September 15, 2020 @ 3:33pm
    d