mutakhir

Kebocoran ekzos disyaki punca tragedi

Oleh Nur Izzati Mohamad

Bukit Mertajam: Kebocoran pada ekzos kenderaan pelbagai guna (MPV) disyaki menjadi punca kejadian empat sekawan mengalami keracunan gas karbon monoksida sehingga menyebabkan tiga daripadanya meninggal dunia manakala seorang lagi kritikal.

Kejadian berlaku di kawasan parkir stesen minyak di Samagagah di Lebuhraya PLUS arah utara, jam 1 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pemeriksaan terhadap MPV itu dilakukan oleh juruteknik syarikat pengeluar kenderaan berkenaan.

"Hasil pemeriksaan dilakukan, juruteknik itu syak berlaku kebocoran pada ekzos MPV berkenaan.

"Ini kerana, ketika pemeriksaan, ekzos itu mengeluarkan bunyi dan bau asap yang sangat kuat.

"Kebocoran itu menyebabkan asap disedut masuk ke dalam ruang MPV berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Berita berkaitan

Seorang lagi mangsa keracunan karbon monoksida maut

Pemandu pening kepala, muntah

Bapa sendiri jumpa anak, rakan

2 sahabat maut, 2 kritikal lemas karbon monoksida

Disiarkan pada: September 17, 2020 @ 7:38pm
d