mutakhir

ATM bersiap sedia hadapi pihak mahu buat kacau

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersedia dalam pelbagai situasi dan ancaman yang cuba mengganggu gugat kesejahteraan serta kedaulatan negara termasuk isu kemasukan besar-besaran pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negara jiran ke Sabah bertujuan membuat kekacauan pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, kawalan persempadanan maritim dan darat di seluruh negara termasuk Sabah akan terus diperkukuh sepanjang masa melalui Operasi Benteng (Op Benteng).

"Dengan pembabitan dan kerjasama padu anggota serta aset daripada semua agensi keselamatan dan penguatkuasaan, ia diaturgerak secara terancang terutama dalam memberi tumpuan kepada aspek kawalan, keselamatan dan kesejahteraan di Sabah bagi melancarkan proses PRN.

"Masyarakat tempatan disarankan supaya turut sama menjadi 'mata dan telinga' kerana kedaulatan negara adalah tanggungjawab bersama yang tidak hanya digalas pasukan keselamatan semata-mata," katanya dalam kenyataan, hari ini

Beliau turut menggesa masyarakat di Sabah supaya bekerjasama dalam menyalurkan sebarang maklumat pencerobohan PatI dan aktiviti jenayah rentas sempadan melalui talian hotline Pusat Operasi NTF di talian 011-62511223.

Berita berkaitan

Kenyataan itu mengguris, menyinggung perasaan veteran ATM

Ia kenyataan tidak bertanggungjawab - ATM

Mohamaddin minta maaf

Jangan hina anggota keselamatan yang terkorban di Tanduo

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Disiarkan pada: September 22, 2020 @ 9:34am
d