mutakhir

Tangguh kemasukan penuntut asing hingga Disember

Oleh Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Semua kemasukan penuntut antarabangsa sama ada baharu atau sedia ada ditangguhkan sehingga 31 Disember.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, penangguhan itu adalah selaras keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menangguhkan pendaftaran secara fizikal penuntut institut pengajian tinggi (IPT).

"Kemasukan pelajar asing perlu mendapat kelulusan Jabatan Imigresen sehingga diberitahu kelak.

"Difahamkan juga, KPT telah berunding dengan syarikat penerbangan mengenai penjadualan semula penerbangan pelajar antarabangsa," katanya dalam kenyataan hari ini

Sebelum ini, KPT meminta semua IPT menangguhkan terlebih dahulu pendaftaran secara fizikal atau bersemuka bagi penuntut baharu dan lama untuk kemasukan Oktober ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: October 4, 2020 @ 2:34pm
    d