mutakhir

Individu dari Labuan, Sarawak, Semenanjung perlu pas khas

Oleh BERNAMA

Kota Kinabalu: Individu dari Labuan, Sarawak dan Semenanjung Malaysia perlu mengemukakan permohonan pas kebenaran khas kepada Kerajaan Negeri Sabah sekiranya ingin memasuki negeri itu sepanjang penguatkuasaan Kawalan Rentas Daerah.

Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Sabah menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, permohonan boleh dibuat di laman sesawang https://hednp.sabah.gov.my.

"Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada warganegara yang berasal dari Sabah, pemegang pas dikeluarkan Jabatan Imigresen Negeri Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak, Labuan dan pasangan yang menjalankan perkhidmatan perlu," menurut kenyataan itu.

Pada Khamis lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan akan melaksanakan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah mulai semalam hingga 16 Oktober ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: October 4, 2020 @ 7:59pm
    d