mutakhir

KPM diberi kuasa buat keputusan mengenai sekolah

Oleh Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diberi kuasa menentukan tindakan perlu dilakukan terhadap sekolah selepas berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KPM diberikan kuasa untuk membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya di sekolah termasuk arahan penutupan.

"Jadi saya percaya KPM pastinya akan mengumumkan sesuatu berkaitan sekolah atau sebagainya mengambil kira pelbagai pandangan daripada rakyat mengenai sekolah," katanya dalam sidang media harian hari ini.

Berikutan peningkatan mendadak kes baharu Covid-19 di Malaysia, segelintir ibu bapa mendesak kerajaan mengumumkan penutupan sekolah di seluruh negara bagi membendung penularan wabak itu.

Beberapa sekolah di Terengganu, Kedah dan Kuala Lumpur ditutup selepas guru atau murid positif Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 9, 2020 @ 6:22pm
    d