mutakhir

Akad nikah di pejabat agama sahaja

Oleh Ruwaida Md Zain

Shah Alam: Semua pelaksanaan majlis akad nikah di masjid dan surau di negeri Selangor ditangguhkan berkuat kuasa esok.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad berkata, majlis akad nikah boleh dijalankan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dengan kebenaran beliau.

"Pelaksanaan majlis akad nikah dengan kehadiran fizikal tidak melebihi tiga orang atau apa-apa bentuk lainnya di PAID hanya akan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan khas Pengarah JAIS," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keputusan JAIS itu merujuk kepada pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor mulai esok sehingga 27 Oktober yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kerajaan Negeri.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 13, 2020 @ 1:27pm
    d