mutakhir

Empat sekatan jalan raya di Kajang

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Kajang: Empat sekatan jalan raya (SJR) akan diadakan di daerah ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa tengah malam ini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, lokasi SJR itu ditetapkan di hadapan Balai Polis Beranang, Jalan Broga, Jalan Bangi-Nilai dan susur masuk Plaza Tol Bandar Seri Putra bermula jam 12.01 tengah malam ini.

"Selain itu, Jalan Genting Peras akan ditutup secara kekal (24 jam).

"Pelaksanaan SJR dan penutupan jalan itu adalah selaras dengan keputusan sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menetapkan PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 14 hingga 27 Oktober ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa sepanjang tempoh PKPB dikuatkuasakan.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berikutan peningkatan kes di kawasan terbabit.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 13, 2020 @ 6:56pm
    d