mutakhir

Pantai Remis, Bukit Malawati ditutup sementara

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

Kuala Selangor: Semua pusat pelancongan di bawah pengurusan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) akan ditutup sementara kepada pengunjung susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

MDKS berkata, penutupan itu bermula hari ini hingga 27 Oktober dan tertakluk kepada pindaan semasa.

"Antara pusat pelancongan yang ditutup sementara ialah Bukit Malawati dan Pantai Remis, Jeram," katanya menerusi notis pemberitahuan di Facebook.

Kerajaan melaksanakan PKPB di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 tengah malam hari ini, hingga 27 Oktober ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 14, 2020 @ 2:38pm
    d