mutakhir

Anjung Teduh di Felda Sahabat dikenakan PKPD [METROTV]

Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Anjung Teduh, Felda Sahabat di Lahad Datu, Sabah bermula 24 Oktober sehingga 6 November depan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membabitkan 544 unit rumah dengan 4,629 penduduk.

Katanya, semua penduduk dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, namun kelonggaran diberi untuk operasi kedai runcit.

"Kita benarkan kedai runcit dibuka bermula jam 6 pagi hingga 6 petang untuk membeli barangan keperluan.

"Biasanya kita hantar barang makanan kering kepada penduduk terbabit.

"Tapi seperti kita tahu, keperluan lebih daripada makanan kering, yang mempunyai bayi, mereka memerlukan susu dan lampin pakai buang," katanya dalam sidang media harian, hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, penduduk hanya boleh ke kedai runcit untuk mendapatkan barangan keperluan dan balik ke rumah.

"Kes kecemasan juga kita benarkan keluar seperti kematian dan kemalangan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan lakukan saringan secara bersasar di kawasan itu," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 22, 2020 @ 4:46pm
    d