mutakhir

PKPD di 6 lokaliti di Semporna, satu di Kunak disambung [METROTV]

Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di enam lokaliti di Semporna dan satu di Kunak akan dilanjutkan bermula 24 Oktober sehingga 6 November depan.

Lokaliti di Semporna adalah Kampung Bangau-Bangau, Kampung Panji, Kampung Air, Kampung Selamat, Kampung Simunul, Kampung Pinggir Bakau, serta Kampung Pangkalan di Kunak.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lanjutan itu dilakukan kerana penilaian risiko yang dijalankan oleh anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat ini mendapati masih terdapat penularan kes Covid-19 di kawasan terbabit.

"Tempoh lanjutan ini diperlukan bagi tujuan membolehkan saringan berterusan dilakukan KKM dan bagi membendung penularan Covid-19 di lokaliti itu.

"Sedikit kelonggaran akan diberikan terhadap aktiviti perniagaan kedai runcit yang dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 6 petang bagi memberi peluang kepada penduduk membeli barang keperluan asas," katanya pada sidang media harian, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 22, 2020 @ 5:39pm
    d