mutakhir

9 penjara di utara, Selangor dikenakan PKPD [METROTV]

Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sembilan penjara di zon Utara dan Selangor, mulai hari ini hingga 4 November depan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membabitkan Pusat Koreksional Perlis; Penjara Sungai Petani; Penjara Taiping: Pusat Koreksional Kamunting dan Penjara Tapah di Zon Utara.

Sementara Zon Selangor membabitkan Penjara Reman Sungai Buloh; Penjara Kajang; Penjara Wanita Kajang dan Pusat Koreksional Puncak Alam.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) bagi PKPD di kesemua penjara dan kuarters penjara ini adalah sama seperti SOP PKPD penjara yang dilaksanakan sebelum ini.

"Antara SOP yang ditetapkan adalah seperti pergerakan keluar masuk tidak dibenarkan membabitkan kawasan ini termasuk lawatan oleh ahli keluarga tahanan adalah tidak dibenarkan.

"Pergerakan kakitangan penjara ditentukan berdasarkan SOP yang dikeluarkan Jabatan Penjara Malaysia

dan tahanan yang akan dibebaskan semasa tempoh PKPD akan diasingkan daripada tahanan yang lain," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 22, 2020 @ 5:43pm
    d